Jawatan Kosong, Panduan Temuduga, Panduan Bisnes Online, Tips & Petua, Infomasi, Lifestyle, Drama Online,Novel, Isu Semasa, Isu Panas, Colabration & Review

Artikel Terkini

Friday, September 30, 2016

Realiti Hidup - Wanda Band Buskers Sumber Insprasi Remaja

♥ Assalamualaikum ♥

Kenali Wanda Band Buskers 

Kegigihan anak muda sekarang memang tak dinafikan lagi. Sekali mereka melangkah..berpaling pun tidak. Inilah contoh dan taulan yang baik buat anak-anak muda di luar sana. Menyingkap kegigihan 3 anak muda yang berasal Kuching,Sarawak ini telah memberi inspirasi terbaik buat santapan anak-anak muda di luar sana. Malahan kegigihan ini yang mematangkan jiwa mereka untuk mengorak langkah maju ke hadapan.



Wanda Band Buskers dianggotai  3 orang yang terdiri daripada Ikhwan,Huda dan seorang gadis bernama Wan (ketika ditemuramah beliau ada urusan lain). Ketua kumpulannya iaitu ikhwan yang berasal dari Kampung Baru.

"Apa yang mendorong mereka untuk menyertai Wanda Band Buskers" 

Minat yang mendalam dalam dunia seni membuatkan mereka menubuhkan Wanda Band Buskers. Menurut Ikhwan lagi, dia bercita-cita ingin menjadi polis namun terpaksa melupakan cita-citanya kerana ibunya tidak berkenan dan tidak suka kerjaya tersebut. Walaupun hakikatnya, apa yang dicitakan tidak kesampaian, apa yang penting bagi anak muda ini ialah ibu tersayang. InsyaAllah..berkat doa ibu bapa dan sokongan padu dari mereka "Wanda Band Buskers" pasti dikenali ramai.

Kelibat Wartawan bertauliah - Bro Hanafi merangkap pengerusi Hero Borneo Team
Nak berjaya perlu perancangan yang hebat, begitu juga dengan kisah tiga anak muda ini. InsyaAllah, dalam masa terdekat mereka akan menghasilkan album sendiri di bawah sentuhan komposer tempatan iaitu Abang Rani. Semoga apa yang diimpikan menjadi sinar harapan buat 3 anak muda ini.

"Bila ditanya bagaimana penerimaan masyarakat sekeliling"

"Ikhwan menyatakan bahawa penerimaan masyarakat amat positif. Malahan sokongan dan kerjasama dari Pihak pengurusan Summer Mall membuatkan mereka lebih bersemangat untuk terus maju demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi. Selain itu juga, sebagai bukti sokongan dan kerjasama dari Pihak Pengurusan Summer Mall, mereka dibenarkan menggunakan elektrik dengan percuma. Wanda Band Buskers turut membuat persembahan di Uptown Desa Ilmu iaitu pasar malam di perumahan tersebut".


Mungkin nama Wanda Band Buskers tak semegah band-band yang lain. Namun mereka   tidak keberatan untuk bergabung dengan mana-mana kumpulan Buskers yang lain.Inilah contoh terbaik buat anak muda diluar sana. Nak kan sesuatu...capai dan usaha sendiri. Beralah jangan sekali.

Inginkan khidmat Wanda Band Buskers boleh hubungi maklumat tertera di bawah:-

Handphone : 0193994953
Instagram :Mohdikhwannur
Facebook :Mohd_Ikhwan_Nur


Video "Wanda Band Buskers"

Komen Penulis : 
"Suara yang indah datangnya dari hati yang ikhlas...Merdu alunan melodi dengan nawaitu kita"

P/S: Berminat untuk mendapat review produk boleh hubungi kami di email -heroborneoteam@gmail.com atau pm kami di Fanpage Hero Borneo Team.

Penulis Artikel : Gadis Manis <Cik Akak> : http://sweetyzhanieyz83.blogspot.my/

1. Mr. Hanafi : http://www.heroborneo.com/
2.Mr Ishak  : www.ishaksimi .com
3.Mr Elih p : www.elihjapahar.com






9 comments:

  1. bagus anak muda zaman skrg mcm group ni..at least ada juga diorang buat sesuatu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak ida..dari berpeleseran tak kemana..

      Delete
  2. Boleh tahan, semoga cita2 mereka tercapai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat ku naip tek..haha...berapa hari draf..menjadi sik menjadi...baca dua tiga kali..

      Delete
  3. Tahniah berjaya siapkan task amal HBT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa sik terbayar mo sik selesai entri..hahaha..

      Delete
  4. Wah dah naik entri,bro hanafi paling up dalam video ya

    ReplyDelete
  5. Takut mek sik sempat dik..esok lusak dah cuti..isnin gik cuti...up.jak.lok..kelak berlambak gik task...

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!