loading...

♥ Assalamualaikum ♥

4 Tahun Dah Pasang Iklan Nuffnang Kat Blog Berbaloi Ke?

Sejak berblog di akhir tahun 2012 memang cik akak memilih untuk meletakkan iklan nuffnang dalam blog. Sebab syarat nuffnang amat mudah berbanding dengan pengiklan lain. Pendaftaran pun tak guna traffik blog. Tak macam iklan lain. Perlu ada bukti pageview harian blog. 



Sejak 4 tahun ni memang tak pernah curang dengan nuffnang. Tapi akhirnya cik akak curang juga. Sebab tak terjebak pasang iklan innity. Sedangkan menurut sumber iklan innity memang pesaing nuffnang.

10 hari dah cik akak pasang iklan innity di blog. Alhamdulillah dapat juga kumpul sebanyak RM18.58. 

Sebenarnya tiada niat nak curang dengan nuffnang. Pasang innity ni pula untuk percubaan sahaja. Kalau income mencanak naik. Memang nak biarkan je banner tu kat blog. Kalau sebaliknya, cik akak memang setia dengan nuffnang. Sebab nuffnang ni kalau dah merajuk payah nak pujuk..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

4 tahun bukanlah jangka masa yang singkat. Pendapatan hasil nuffnang pun dah cecah angka 2K. Kira setahun cik akak dapat jana pendapatan sebanyak RM500. Memang berbaloi gak dapat menjana pendapatan melalui blog. Sambil menyemai minat boleh simpan income untuk tabungan masa depan..hahaha

Post a Comment

  1. mmg nampak perbezaan iklan di blog kak, btw sambil menyelam apa salahnya minum air kan..huhu

    ReplyDelete
  2. Banyak tu rm500 setahun..
    AM juga ciput je income..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete


Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

Lazada Malaysia
 
Top