Jawatan Kosong, Panduan Temuduga, Panduan Bisnes Online, Tips & Petua, Infomasi, Lifestyle, Drama Online,Novel, Isu Semasa, Isu Panas, Colabration & Review

Artikel Terkini

Wednesday, December 28, 2016

CPUV Nuffnang Hujung Tahun 2016 Family Mart Launch dan Grab MY

♥ Assalamualaikum ♥

CPUV Nuffnang Hujung Tahun 2016 Family Mart Launch dan Grab MY

Alhamdulillah di hujung-hujung tahun 2016, ada juga cpuv nuffnang yang melekat. Gigih promosi blog sana sini. Akhirnya berbaloi juga. Setiap bulan ada income blog yang masuk. Tak banyak pun tak apa. Yang penting halal. 


Seronoknya beriklan dengan Nuffnang ni bila dapat cashout. Tapi yang sedih kalau lambat membiak. Nak harapkan kesudian pengunjung klik banner, memang payah. Tapi bila dapat cpuv nuffnang terus semangat. Kenapa eh...terus semangat...

Sebenarnya hasil pendapatan nuffnang ini memang banyak cik akak dapat dari CPUV Nuffnang. Cara cik akak mudah...cari traffik blog sebanyak mungkin bila CPUV Nuffnang masih status on going. Masa tu kerja kerja harus dititikberatkan. Alhamdulilllah tak sia-sia pengorbanan dan usaha kita kan. Sebab ada hasilnya.

Penghujung tahun 2016 cik akak dapat dua CPUV Nuffnang yang berbeza. Alhamdulillah, boleh penuhkan tabungan cik akak untuk tahun 2016. Cashout ke?......Tak lah..tunggu Januari 2017.



4 comments:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!