loading...

♥ Assalamualaikum ♥

Lara Cinta Ameena Episod Akhir - Berakhir Penderitaan Ameena


Radhuan sangat sedih dan marah dengan Ameena yang menyembunyikan kewujudan Jeffery selama ini. Radhuan hanya diberi peluang untuk berjumpa Jeffery pada waktu yang amat singkat. 



Pertemuan yang singkat itu mebuatkan Radhuan marah pada Ameena sebab Ameena menyembunyikan status kesihatan anaknya. Apa yang akan terjadi kepada Ameena. Adakah dendam ibu mertua berakhir. Adakah Radhuan dan Ameena bersatu kembali. Serta wujudkan kemaafan di hati Ameena dengan apa yang berlaku. Dendam pasti berakhir...bahagia menanti walaupun sebaliknya...Tonton Episod Akhir Lara Cinta Ameena (Episod Akhir)

Sinopsis Penuh Lara Cinta Ameena

Mengisahkan Ameena seorang anak yatim piatu manakala Radhuan pula anak hartawan. Cinta mereka bersatu seketika namun terpisah oleh fitnah yang ditabur oleh Puan Kirana, ummi Radhuan. Ameera diceraikan lalu dia membawa diri ke Sabah. Hidup Radhuan kosong tanpa Ameena. Hati Radhuan terpenjara dalam perkahwinan yang tidak bahagia dengan Ezaty. Di Sabah Ameena melahir dan membesarkan Jeffrey sendirian. Ameena terpaksa kembali ke Kuala Lumpur kerana Jeffrey sakit tenat. Pertemuan tak terduga dengan Ameena membuatkan Radhuan memburu cinta Ameena kembali. Ameena terpaksa mengelak kerana diperas ugut oleh bekas mertuanya. Hancur hati Radhuan yang selama ini menginginkan seorang anak, apabila mengetahui bahawa Ameena menyembunyikan anak mereka selama ini. Kebencian Radhuan membara terhadap Ameena apabila anaknya mati dipangkuannya tak sampai sejam mereka berjumpa. Ameena pergi membawa hati yang lara.

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

Lazada Malaysia
 
Top