Jawatan Kosong, Panduan Temuduga, Panduan Bisnes Online, Tips & Petua, Infomasi, Lifestyle, Drama Online,Novel, Isu Semasa, Isu Panas, Colabration & Review

Artikel Terkini

Friday, April 21, 2017

Baca Novel Online Isteri Acah-Acah Karya Murni Aqila Bab 1 Hingga Bab 22

♥ Assalamualaikum ♥

Baca Novel Online Isteri Acah-Acah Karya Murni Aqila Bab 1 Hingga Bab 22 : Sinopsis Novel Isteri Acah-Acah - “Aku tak pernah bercinta dengan kau. Dah tu, buat apa kau nak terima aku jadi suami kau? Buat apa?” jerit Jay bengang.

“Kenapa Abang Jay salahkan saya aje? Padahal Abang Jay boleh pilih siapa yang Abang Jay nak jadikan isteri. Abang Jay boleh kata ‘tak nak’ depan tok kadi hari tu. Tapi kenapa Abang Jay diam?” Naik satu oktaf nada suara Hani.

Sepatutnya Hani Yusaira gembira kerana dijodohkan dengan lelaki yang dipuja sejak kecil. Tapi lain pula yang jadi. Dia dan Jay Zamir sama-sama tertipu. Dikahwinkan dalam keadaan terpaksa rela. Sedangkan dia ada Umar, sahabat yang sentiasa ada ketika dia susah atau senang. Dengan Jay, dia asyik bertekak tak habis-habis. Tapi takdir Tuhan itu cantik susunannya. 

“Sebenarnya...” Jay menelan liur. “Boleh tak... err... boleh tak abang nak...”

Itulah titik tolak bermulanya sesuatu yang tak disangka. Walau hanya sebagai isteri acah-acah, Hani tetap mengorak langkah dengan hati yang tabah.

Bagi cik akak novel ni memang sweet. Tak pernah bercinta. Berjodoh dengan orang yang digilai dia dalam diam. Peluang keemasan untuk dia meraih cinta. Tapi konflik bermula bila mereka bernikah. Kehidupan mereka tak seperti pasangan lain yang sudah berkahwin. Pecaturan hidup hani bermula di situ. Meraih dan memikat serta harus bersabar dengan karenah si suaminya Jay. 

Sengketa bermula, bertahankan hani dengan kehidupan yang dibina atas dasar bertepuk sebelah tangan. Cik akak dah habis baca sampai bab 22 sahaja. Inginkan novel ini>>KLIK SINI

Baca Novel Online Isteri Acah-Acah Karya Murni Aqila Bab 1 Hingga Bab 22

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!