Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Friday, April 21, 2017

Renungkan Sejenak : Ibu, Ayah..Maafkan Aku...

♥ Assalamualaikum ♥
Renungkan Sejenak : Ibu, Ayah..Maafkan Aku... Tak semua kita mengalami nasib dan suratan hidup yang sama. Ada yang terumbang ambing dek ombak. Ada pula yang sentiasa bersinar. Tapi pernah tak korang berfikir. Mungkin korang selalu anggap korang betul. Tapi hati ibu...hati ayah siapa yang tahu. Biarpun terluka namun sentiasa tersenyum. Agar anak sentiasa dilindungi dengan dosa derhaka. Mampukah kamu, anda menjadi sebahagian daripada mereka. Menangisi terpaksa dipendam. Marah rajuk terpaksa disimpam. Mampukah korang...Renungkanlah. andai hati anda ada lagi kasih sayang dan cinta kepada ibu bapa anda. Jangan menangis membaca entri ini, cuma cik akak ingin korang renungkan. Tak semua kita melalui fasa yang indah. Pasang surutnya hanya Allah yang maha Mengetahui. Hargai mereka tatkala mereka masih ada. Sayangi dan cintai mereka selagi mereka masih bernyawa. Ya Allah...andai kita ada mengasari mereka. Mohonlah maaf, sebab kemaafan ibu bapalah anda bahagia dunia akhir. Redha ibu bapa kunci segalanya kebahagiaan yang korang dapat hari ini. Mungkin....dalam pada itu, mereka tak kaya harta. Tapi kasih sayang dan cinta mereka lebih bernilai....Ibu Ayah...Maafkan Aku...
Org yg mencintai anda dgn mata dipejam ialah *kekasih*
Org yg mencintai anda dgn mata dibuka ialah *sahabat*
Org yg mencintai anda dgn mata berkelipan ialah *pasangan*
Org yg mencintai hingga anda menutup mata ialah *ibu*
Org yg mencintai anda dgn tiada ekpresi mata ialah *bapa* 
____________________________
*Ibu* - Memperkenalkan anda kpd dunia.
*Bapa* - Memperkenalkan dunia kpd anda.
___________________________
*Ibu* : Membawa anda kpd kehidupan.
*Bapa*  : Membawa kehidupan kpd anda.
__________________________
*Ibu* : Menjaga anda supaya tidak lapar.
*Bapa*  : Membuat anda tahu makna lapar.
__________________________
*Ibu* : Memberi anda kasih sayang.
*Bapa*: Memberi anda tanggungjawab.
__________________________
*Ibu* : Mengajar anda supaya tidak terjatuh.
*Bapa* : Mengajar anda bangun bila terjatuh.
__________________________
*Ibu* : Mengajar anda berjalan.
*Bapa* : Mengajar anda jalan hidup.
__________________________
*Ibu* : Mengajar anda melalui pengalamannya.
*Bapa* : Mengajar anda untuk dapatkan pengalaman.
__________________________
*Ibu* :  Memperkenalkan ideologi
*Bapa* :  Memperkenalkan realiti.
___________________________
*Kasih Ibu* diketahui semenjak anda, dilahirkan.
*Kasih Bapa* diketahui bila dia sudah tiada.
___________________________
*Kasihilah akan bapa anda.*
*Sayangilah akan ibu anda.*
___________________________
selagi mereka masih bernyawa.... rumah tidak akan berseri tanpa khadiran anak tapi rumah akan lebih sunyi bila ibu bapa sudah tiada....
Ini sekadar renungan bersama buat kita sebagai anak dan ibu bapa kepada anak2 kita.........
 Al- fatihah n R.I.P. buat ibubapa yang sudah tiada..
@@@@@@@@@@@@@@🎤🙏🏽💀😬😃😷

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN