Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90
loading...

Thursday, June 15, 2017

Drama Andainya Takdir Bikin Isteri-Isteri Emosi

♥ Assalamualaikum ♥
Drama Andainya Takdir Bikin Isteri-Isteri Emosi : Drama berantaian terbaru yang menghiasi slot samarinda TV3. Andainya takdir mengisahkan kehidupan sebuah keluarga kecil yang penuh dengan kesengsaraan gara-gara panas baran si suami. Menggandingkan terajui bersama Shukri Yahaya dan Nina Iskandar. Drama bersiaran Isnin hingga Khamis (jam 10.00 malam) di TV3. Drama inilah yang mempermainkan emosi isteri-isteri yang tertonton. Bak kata depa, sekali tertonton payah nak termiss episod.Ketabahan fatihah memang tak dapat dinafikan. Kalaulah ia terjadi kepada anda. Lebih rela mengundurkan diri. Tak payah tunggu lama. Karang tak pasal-pasal jadi mangsa dera suami. 
Nampak tak penangan drama berantaian Andainya Takdir ini. Emosi seorang isteri boleh terganggu dengan kisah kehidupan tihah yang tiada berpenghujungnya. Peranan drama ini, membuatkan para isteri di luar sana sedikit teruja untuk mengulas sekiranya ia berlaku di alam realiti mereka.

Media sosial, media massa tak terkecuali dihujani kisah kehidupan si tihah. Tak kan sekejam itu si suami. Kahwin pun kerana cinta. Tak kan cinta dan kasih sayang boleh hilang sekelip mata. Ahhh....geram juga korang dengan watak si shukri yahaya kan. Cik akak masih bernasib baik belum terjebak tertonton. Kalau tak....terikut juga fan emosi-emosi ni. 

Reaksi para isteri di luar sana pun agak2 comel..haha...drama je kan...sampai gitu sekali geramnya. Penangan drama Andainya takdir ini memang berpuaka kot..haha...

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR

Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni? 

2 comments:

  1. Hahaaaa den baru beberapa hari terjebak dengan cerita ni. Sanggup tak tidur malam sebab nak maraton episod pertama smpai yg sekarang. Memang pun kekadang sakit hati plak tengok si Ariel tu pukul Tihah. Si Tihah plak demi sygkan suami dan anak sanggup bertahan sampai skrg.. heheee next episod tak tau lah acamne plak jadinya.

    ReplyDelete
  2. Tak payahlah tengok cerita bodoh ni, agak-agak melampau sangat ditunjukkan pada watak sang suami, Penerbitnya tak sensitif langsung ke pada pandangan penonton. Takkanlah si suami tu tak pergi "kursus Kahwin" dulu sebelum kahwin. Isteri bukan untuk disakiti. Minta berhentikan slot drama mengarut macam ni.

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN