Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Thursday, June 15, 2017

Telemovie Terima Kasih Ramadan Cerekarama TV3

♥ Assalamualaikum ♥
Telemovie Terima Kasih Ramadan Cerekarama TV3 : Telemovie ramadan untuk minggu ini bertajuk Terima Kasih Ramadan. Telemovie ini dibintangi oleh pelakon Ben Laden, Fasha Sandha dan Aqasha sebagai watak utama. Terima kasih ramadan mengisahkan kehidupan pasangan Maria (Fasha Sandha) dan Iskandar (Aqasha) yang belum dikurniakan cahaya mata. Walaupun sudah 6 tahun mendirikan rumah tangga. Hinggakan mereka nekad mengambil ramadan sebagai anak angkat. Permulaan telemovie memang amat menarik, di mana ramadan telah diberikan kasih sayang sepenuhnya. Namun selepas peristiwa itu, ramadan kini disisihkan. Bagaimana nasib ramadan, berakhirkah penderitaan ramadan. Saksikan Telemovie Terima Kasih Ramadan yang bakal bersiaran melalui slot cerekarama TV3. 
Hasil carian imej untuk telemovie terima kasih ramadan
Terima Kasih Ramadan, 17 Jun 2017
Produksi              : ZK Creative Production
Pelakon                : Fasha Sandha, Ben Laden, Aqasha, Razak Ahmad
 SINOPSIS TELEMOVIE TERIMA KASIH RAMADAN :
Selepas 6 tahun berkahwin, Maria dan Iskandar telah mengambil Ramadan sebagai anak angkat. Sejak itu, kehidupan mereka lebih bermakna dan bahagia. Selepas mendapat tahu Maria telah mengandung, mereka bertambah gembira dan menganggap Ramadan membawa rahmat dalam hidup mereka. Malangnya, Maria telah keguguran dan Ramadan pula dipersalahkan sebagai punca kemalangan itu. Walaupun dilayan dengan buruk, Ramadan tetap bersabar dan tidak henti berdoa untuk diampuni ibu angkatnya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN