Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Saturday, August 12, 2017

Kartunis Lengkuas Majalah Ujang Meninggal Dunia

♥ Assalamualaikum ♥

Kartunis Lengkuas Majalah Ujang Meninggal Dunia : Al-fatihah..salam takziah buat keluarga Allahyarham. Pastinya anda memang mengenali kartunis hebat ni. Majalah ujang suatu ketika dahulu memang majalah yang tidak asing lagi orang Malaysia. Sebut je majalah tu, rata-rata rakyat Malaysia mengemari. 

Imej google

KARTUNIS Lengkuas yang popular dengan karya Mat Despatch majalah Ujang dan Yob Peon majalah Lanun meninggal dunia di Hospital Selayang, 10.30 pagi, hari ini.
Adik ipar, Sabri Sab, 30, berkata, Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi darah tinggi dan buah pinggang selepas dua hari dimasukkan dalam wad pesakit hospital berkenaan.

Hingga ke hari ini, majalah ujang masih gah wujud di Malaysia. Tahniah kepada semua kartunis Malaysia yang mampu mempertahankan majalah tersebut hingga ke hari ini. 

Bayangkan kewujudan majalah ujang ni memang dah lama. Tak sangka mampu bersaing dengan majalah masa kita. Biarpun majalah lain wujud dengan kelainan yang menarik. Namun majalah ujang juga menjadi pilihan.

Allahyarham adalah antara kartunis yang hebat. Watak Mat memang membuat peminat tak kering gusi. Berperwatakan lurus bendul. Tapi baik hati. Dalam kisah mat tersebut terselit pelbagai mesej yang menarik. Mesej yang mampu memberi kita pengajaran yang lumayan. Inilah dikatakan majalah yang mampu memberi kita ilmu. Walaupun mesej disampaikan hanya menggunakan kartun dan dialog. Namun ianya cukup lumayan hasilnya. 

Semoga hasil karya ini bertahan hingga ke anak cucu kita. Hargailah kartunis Malaysia.

Al-Fatihan...kartunis lengkuas...


1 comment:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN