Header Ads

Nenas Sambal Tumis Pusuk

♥ Assalamualaikum ♥
Nenas Sambal Tumis Pusuk : Tersebut lah satu kisah di hujung minggu cik akak. Tertiba je teringin nak makan nenas+sambal tumis pusuk. Terus cik akak dengan lajunya melangkah masuk dapur. Lalu terhasillah sambal tumis pusuk yang kira boleh tahan sedap dan pedasnya.
Kebiasaan nenas cik akak jarang ratah mentah gini. Seram nak makan sebab kompem masam. Tapi nenas ni lain pula ceritanya. Memang manis dan sedap. 

Nenas tu korang buang je kulit. Hiris kecil-kecil. Sambal tumis pusuk tu kenalah usahakan.haha..resepi boleh cuba cara cik akak ni. Sambal tumis pusuk yg simple.

Resepi Sambal Tumis Pusuk

  • Segengam ikan pusuk
  • Sedikit belacan
  • 5 tangkai cili padi
  • 3 sudu cili kisar 
  • 2 ulang bawang merah
  • Sedikit minyak untuk mengoreng
  • 1 sudu makan gula

Cara membuat :

  • Ikan pusuk, belacan, cili - ditumbuk kasar
  • Bawang merah hiris nipis-nipis
  • Panaskan minyak, kemudian masukkan bahan tumbuk dan bawang. Gaul hingga sebati. 
  • Masukkan cili kisar dan tambahkan sedikit gula.
  • Kuar hingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi sambal tumis pusuk cik akak ni memang simple je. Lagi mudah disediakan. Korang nak cuba pun boleh.

2 comments:

Powered by Blogger.