Header Ads

Novel Dia Inspirasi Daripada Drama Dia Lakonan Irwanshah dan Janna Nick

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Dia Inspirasi Daripada Drama Dia Lakonan Irwanshah dan Janna Nick : Kebiasaan drama adaptasi novel. Tapi kali ini penulis Umie Nadzimah menghasilkan satu novel inspirasi dari drama dia yang bakal ditayang di kaca tv pada 14 Oktober 2017 akan datang. Drama ini pastinya menjadi intaian rakyat Malaysia dan tidak terkecuali rakyat indonesia. Kolaborasi antara pelakon Malaysia dan pelakon Indonesia ini bakal menaikkan lagi ranking drama Malaysia. 


Untuk naskhah penuh novel ini korang boleh dapatkan di laman karyaseni dengan harga RM 26 (Semenanjung Malaysia) dan RM 29 untuk Sabah dan  Sarawak. Berminat boleh intai-intai laman karya seni.

Sinopsis Novel Dia Karya Umie Nadzimah : “Aku berserah pada takdir tapi hati aku selalu menyebut nama dia. Hanya dia yang aku tunggu.” – Aira
Aira, kisah cintanya tidak seindah yang diimpikan. Kerana Emelda, dia terpaksa mengalah. Aira pasrah apabila Aidit memilih Emelda untuk dijadikan teman hidupnya. Aira percaya akan ada hikmahnya yang menanti. 

“Aku pernah merasai cinta. Dia begitu sempurna buat aku. Tapi aku perlu tahu tidakkah aku dengan dia sempurna bersama?” -Aidit

Aidit, dia tidak menyangka keputusannya untuk ke Kuala Lumpur bagi mengikuti program pertukaran pelajar Indonesia-Malaysia telah membongkar satu rahsia. Keluarga Aidit sudah menetapkan calon isteri buat Aidit iaitu Emelda, anak majikan orang tua Aira. Dengan hanya satu sebab Aidit perlu berkorban! Korbankan cintanya terhadap Aira.

Dalam melayani duka lara hati, Zaid muncul membawa rasa cinta buat Aira. Pelbagai cara yang Zaid lakukan untuk menambat hati Aira.

“Kopi saya... Mana kopi saya? Kan saya dah cakap, pagi-pagi awak kena buat kopi saya dulu... Sekarang dah pukul berapa?” - Zaid

“Kenapa Encik Zaid tak suruh tea lady yang buatkan?” - Aira

Zaid mengambil kesempatan untuk mendekati Aira sementelah Aira di bawah seliaannya semasa menjadi peguam pelatih. Bertahun-tahun Zaid menunggu untuk Aira membalas cintanya, akhirnya Zaid gembira apabila Aira bersetuju menjadi tunangannya.

Kehadiran semula Aidit dan Icha Aulia selepas Emelda meninggalkan Aidit ternyata mengganggu perhubungan Aira dan Zaid. Walaupun sudah sekian lama Aira tidak bersua muka dengan Aidit, jelas kedatangan Aidit membuatkan hatinya berantakan kerana Aidit mahu menggapai semula hati Aira.

“Dia buat aku tenang, gembira dan bahagia. Dan aku tahu dia dapat merasakan cinta aku tapi apa yang harus aku lakukan untuk merasai cinta dari dia?” - Zaid

Namun pada saat yang diimpikan tiba, Zaid membiarkan Aira pergi mencari cinta sejatinya. Aira dalam dilema. Antara Zaid, tunangnya yang setia atau Aidit, cinta pertamanya yang menjadi pilihan Aira? Semuanya dalam Dia...

1 comment:

Powered by Blogger.