Jawatan Kosong Pembantu Penguatkuasa Gred KP19, Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19, Pembantu Muzium Dan Pembantu Kebudayaan

♥ Assalamualaikum ♥

Jawatan Kosong Pembantu Penguatkuasa Gred KP19, Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19, Pembantu Muzium Dan Pembantu Kebudayaan : Awal Tahun 2018 adalah permulaan agensei kerajaan mahupun swasta mencari calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan. Terbaru Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia telah mengeluarkan iklan berkenaan kekosongan jawatan seperti pada gambar rajah di bawah. 


Kekosongan jawatan tersebut melibatkan Jabatan kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan  Jalan (JPJ). Untuk jawatan di agensi kerajaan ini, ia melibatkan jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19. Terdapat 296 kekosongan bakal diisi. Bagi yang mempunyai kelayakan SPM dan yang setaraf dengannya bolehlah memohon. 


Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia juga membuka ruang kepada calon yang mempunyai sijil SPM dan setaraf dengannya. Jawatan yang ditawarkan ialah Pemeriksa Kenderaan Motor Gred AB19 dan Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19. Kedua-dua jawatan ini mempunyai kekosongan antara 50 kekosong dan 20 kekosongan. Rujuk gambar di atas.


Kekosongan yang terakhir melibatkan Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia. Jawatan yang bakal ditawarkankan adalah Pembantu Muzium dan Pembantu kebudayaan.

Sebarang permohonan hendaklah di mohon secara online di portal SPA : http://spa.gov.my dan tarikh tutup permohonan boleh dirujuk pada gambar. 

Bagi calon-calon yang berminat dan berkelayakan bolehlah mencuba. Dan bagi yang berpeluang terpilih sebagai calon temuduga, cik akak kongsikan sedikit  Informasi tentang Kerjaya Sebagai Penjawat Awam dan Teknik Lulus Mudah Temuduga Kerajaan»»SINI««.




Jawatan Kosong Pembantu Penguatkuasa Gred KP19, Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19, Pembantu Muzium Dan Pembantu Kebudayaan Jawatan Kosong Pembantu Penguatkuasa Gred KP19, Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19, Pembantu Muzium Dan Pembantu Kebudayaan Reviewed by Nao Mei on 9:26:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.