Drama Kekasih Paksa Rela Hanya 28 Episod - Dunia Cik Akak

Thursday, January 11, 2018

Drama Kekasih Paksa Rela Hanya 28 Episod

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Kekasih Paksa Rela Hanya 28 Episod : 95% rakyat Malaysia meminati drama terbaru yang bersiaran di kaca tv3 melalui slot akasia tv3. Drama yang diberi judul Kekasih Paksa Rela. Kekasih Paksa Rela ini dibintangi oleh 3 watak utama iaitu Remy Ishak, Intan Najuwa dan Ain Edruce. Drama Kekasih Paksa Rela ini mengandungi 28 episod penuh.


Sejak ditayangkan pada 26 Disember 2017 yang lepas. Kini drama ini menjadi intaian rakyat Malaysia. Asal cukup jam, semestinya duduk menghadap tv. Menanti siaran bermula.

Drama Kekasih Paksa Rela setakat ini ditayang hingga episod 11. Dan bermakna ada 4 minggu lagi bersiaran penuh. 

Sinopsis Kekasih Paksa Rela : Drama ini mengisahkan pasangan suami isteri Adham (Remy Ishak) dan Rosnaida (Ain Edruce) yang bernikah selepas mereka tamat belajar. Perkahwinan mereka ditentang keras oleh bapa Adham iaitu Datuk Azman (Jalaluddin Hassan).
Adham cuba memulihkan hubungan Rosnaida dengan bapanya, tapi Rosnaida ada sikap keras kepala sehinggalah dia buat keputusan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat, kononnya tak tahan dengan sikap mentua.
Selepas tiga tahun Rosnaida tidak pulang ke tanah air, Adham terserempak dengan Hanan Khaira (Intan Najuwa) yang masih melanjutkan pelajaran, tapi terpaksa menjaga bapanya yang sakit. Disebabkan ibunya, Suraya (Emelda Rosmila) menjalin hubungan sulit dengan Yusman (Fizz Fairuz), Hanan dipulau keluarga dan jiran.
Adham menawarkan sejumlah wang kepada Suraya dan Yusman kononnya mahu mengambil Hanan bekerja. Hanan dijaga dengan baik dan meneruskan pelajarannya.
Bagaimanapun, bagi mengelak fitnah, Hanan terpaksa bernikah dengan Adham. Lagipun, mereka mendapat tahu Yusman mahu menjual Hanan kepada bapa ayam.
Selepas bernikah, Adham tidak melayan Hanan sebagai seorang isteri. Dia bernikah atas dasar simpati, tetapi Hanan berusaha untuk memenangi hati Adham bagi membalas jasa baiknya.

No comments:

Post a Comment