Menu Berbuka - Ayam Masak Kicap - Dunia Cik Akak

Monday, April 16, 2018

Menu Berbuka - Ayam Masak Kicap

♥ Assalamualaikum ♥

Menu Berbuka - Ayam Masak Kicap : Tinggal berapa hari lagi untuk kita menyambut bulan Ramadhan. Sebut sahaja bulan puasa, pastinya juadah berbuka dan bersahur yang berada di top pertama carian google. Bagi yang meminati ayam masak kicap. Di entri ini cik akak kongsikan Resepi Ayam Masak Kicap yang simple dan mudah disediakan.
.com/proxy/
imej google

Untuk menghasilkan Ayam Masak Kicap ini tidaklah memakan masa yang lama. Dalam setengah jam @45 minit boleh siap.

Walaupun Resepi Ayam Masak Kicap ini simple namun rasanya tetap tip top. Jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Menu Ayam Masak Kicap.

Bahan-bahannya
  • Sayap Ayam 4 ketul / Sebelah Dada Ayam
  • Kicap pekat manis 5 sudu makan
  • 1 batang serai
  • Seulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia 
  • 1 tangkai cili padi - nak pedas boleh tambah berapa banyak
  • Sedikit perasa Maggi
  • Sedikit minyak untuk menumis 

  • Bawang merah, bawang putih, serai, halia dan cili padi....boleh kisar @ atau guna lesung batu je.....
  • Panaskan minyak kemudian masukan bahan kisar tadi....goreng hingga naik bau....
  • Sayap ayam / dada ayam potong kecil-kecil supaya cepat masak. Lepas tu masukan sayap ayam dan gaul hingga sebati. 
  • Tambah perisa maggi dan kicap. Kemudian kacau hingga sebati.
  • Akhir sekali, tambah sedikit air dan biarkan mendidih. Pastikan kuah tadi kering.
  • Hidangkan untuk menu berbuka @ bersahur anda....selamat mencuba.
Bagi yang ingin mencuba resepi Ayam Masak Kicap ini bolehlah ambil resepi tersebut. Biar simple yang penting sedap. 

Tags : Menu Berbuka - Ayam Masak Kicap

2 comments:

  1. fuh bergetar tangki perut...belum tengok depan depan lagi hehe

    ReplyDelete
  2. Nyum nyum... lauk paling simple dan menyelerakan...

    ReplyDelete